« previous
|
next »
Do I make You Proud
Perjalanan kami jauh. Dari bumi Hang Tuah ke tanah Perlis. Di dlm dewan konvo yang penuh gemilang, tak banyak yang aku fikirkan. Cuma lega segalanya sudah berakhir. 2 tahun mengikuti kursus sambilan. Sehingga zaid lahir di Hospital Kangar seminggu sebelum peperiksaan akhir.Juga peritnya mengambil final selama tiga hari, setelah 4 hari melahirkan zaid.
Terima kasih pada suami yang memimpin aku ke dewan kuliah, menaiki tangga, mengadap soalan peperiksaan dan amali berkomputer. Terima kasih kawan-kawan dan pensyarah yang memberi sokongan dan memberikan kenangan.
Zaid, mungkin ini hanya sekeping diploma. Tetapi ibu menerimanya dengan sangat bahagia. Kerana kejayaan ini milik ibu, milik abah, milik zaid.Alhamdulillah.